oleh : Prince Al-Ayubbi Yahya
Salam perjuangan dari kami, Admin Gasim. Pada kali ini kami ingin menyeru kalian daripada terus menjual akidah islam ini dengan perkara-perkara yang kita selalu di bohongi dan di tipu demi sebuah kepentingan yang langsung tidak mendasar kepada Akidah Islam itu sendiri. Yalah kita mungkin pernah mendengar pernyataan sebegini. Bahwa Tahun baru cina itu hanyalah sebuah perayaan tradisi dan bukan sebahagian dari ajaran agama tertentu. Setelah melaksanakan beberapa penelitian terhadapnya, kami menyatakan kenyataan ini amatlah keliru daripada sebuah kebenaran yang nyata. Persoalannya benarkah Tahun baru cina hanya sebuah perayaan tradisi? Apakah boleh muslim turut merayakan Tahun baru cina? Tulisan pada kali ini berusaha untuk menjelaskan persoalan ini kepada umat Islam, dengan menelaah ajaran agama Khong huchu, serta menelaah hukum syariah Islam yang terkait dengan keterlibatan kaum muslimin dalam perayaan hari raya agama lain.
Tahun baru cina Sebahagian Ajaran Agama Khong hucu, Bukan
Sekadar Tradisi Budaya Tionghoa
Jika kita mendalami agama Khonghucu, khususnya mengenai hari-hari rayanya, akan terbukti bahwa pernyataan tersebut tidak benar. Sebab sebenarnya Tahun baru cina adalah sebahagian dari ajaran agama Khonghucu, bukan semata-mata tradisi.
Dalam bukunya Mengenal Hari Raya Konfusius (Semarang : Effhar & Dahara Prize, 2003) hal. vi-vii, Hendrik Agus Winarso menyebutkan bahwa masyarakat kurang memahami Hari Raya Konfusius. Kata beliau mencontohkan,”Misalnya Tahun Baru Cina dianggap sebagai tradisi orang Tionghoa.” Dengan demikian, pandangan bahwa Tahun baru cina adalah sekadar tradisi, yang tidak ada hubungannya dengan agama, menurut penulis buku tersebut, adalah suatu kesalahpahaman (Ibid., hal. v).
Dalam buku yang diberi kata sambutan oleh Ketua MATAKIN tahun 2000. Tjhie Tjay Ing itu, pada hal. 58-62, Hendrik Agus Winarso telah membuktikan dengan meyakinkan bahwa Tahun baru cina adalah sebahagian ajaran Khonghucu. Hendrik Agus Winarso menerangkan, Tahun Baru Cina atau disebut juga Sin Cia, merupakan momentum untuk memperbaharui diri. Momentum ini, kata beliau, diisyaratkan dalam salah satu kitab suci Khonghucu, iaitu Kitab Lee Ki, sebahagian Gwat Ling, yang berbunyi :
“Hari permulaan tahun (Liep Chun) jadikanlah sebagai Hari Agung untuk bersembahyang besar ke hadirat Thian, kerana Maha Besar Kebajikan Thian. Dilihat tiada nampak, didengar tiada terdengar, namun tiap wujud tiada yang tanpa Dia… (Tiong Yong XV : 1-5).
(Lihat Hendrik Agus Winarso, Mengenal Hari Raya Konfusius, [Semarang : Effhar & Dahara Prize, 2003], hal. 60-61).
Penulis buku tersebut lalu menyimpulkan Tahun baru cina adalah sebahagian ajaran Khonghucu. Beliau mengatakan :
“Dengan demikian, menyambut Tahun Baru bagi umat Khonghucu mengandung arti ketakwaan dan keimanan.” (ibid.,hal. 61).
Maka tidaklah benar pendapat yang menyebutkan bahwa Tahun Baru Cina hanya sekadar adat resam orang Tionghoa, atau Tahun Baru Cina bukanlah perayaan keagamaan. Yang benar, Tahun baru cina justru adalah sebahagian ajaran agama Khonghucu, bukan sekadar tradisi.
Selain itu kenyataan dari wikipedia sendiri dilaman http :// wapedia. Mobi /ms /Tahun _Baru _Cina. “Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.” Bukankah ini telah menyuluhkan kepada kita ia bukan sekadar perayaan budaya, atau adat atau tradisi. Tidakkah erti kata “dewa-dewi” itu merupakan perkara yang bercanggah dengan Akidah Islam itu sendiri. Maka yang bengkok semakin terlurus daripada 2 penelitian ini, bahawa sungguh Perayaan Tahun Baru Cina merupakan sebuah perayaan berbentuk Agama, dan terkait dengan sebuah Akidah kufur yang memang bercanggah dari Akidah Islam.
Mengapa Islam Melarang atau Mengharamkan Perayaan Agama.?
Ingin kami tekankan di sini, boleh tidaknya seorang muslim melakukan sesuatu, tidaklah diukur apakah sesuatu itu berasal dari tradisi atau dari agama. Seakan-akan kalau berasal dari tradisi atau adat resam hukumnya boleh-boleh saja dilakukan, sementara kalau dari agama lain hukumnya tidak boleh.
Standard semacam itu sungguh batil dan tidak ada dalam Islam. Kerana standard yang benar menurut Islam, adalah Al-Qur`an dan As-Sunnah. Allah SWT berfirman :
ٱتَّبِعُواْ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ وَلَا تَتَّبِعُواْ مِن دُونِهِۦۤ أَوۡلِيَآءَۗ قَلِيلاً۬ مَّا تَذَكَّرُونَ (٣)
“Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.” (QS Al-A’raaf [7] : 3)
Kalimat “maa unzila ilaykum min rabbikum” dalam ayat di atas yang berarti “apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu”, artinya adalah Al-Qur`an dan As-Sunnah. (Tafsir Al-Baidhawi, [Beirut : Dar Shaadir], Juz III/2).
Jadi suatu perbuatan itu boleh atau tidak boleh dilakukan, tolok ukurnya adalah Al-Qur`an dan As-Sunnah. Apa saja yang benar menurut Al-Qur`an dan As-Sunnah, bererti boleh dikerjakan. Sebaliknya apa saja yang batil menurut Al-Qur`an dan As-Sunnah, bererti tidak boleh dilakukan a.k.a HARAM.
Maka kalau kita hendak menilai perbuatan muslim turut merayakan Tahun baru cina menurut Islam, tolok ukurnya harus benar. Iaitu harus kita lihat adalah apakah perbuatan itu boleh atau tidak menurut Al-Qur`an dan As-Sunnah, bukan melihat apakah Tahun baru cina itu dari tradisi atau dari agama.
Sungguh kalau seorang muslim menggunakan tolok ukur tadi, iaitu melihat sesuatu itu dari tradisi atau agama, ia akan tersesat. Sebab suatu tradisi tidak selalu benar, adakalanya ia bertentangan dengan Islam dan adakalanya sesuai dengan Islam. Contoh, free sex pada masyarakat Barat yang Kristian. Free sex jelas telah menjadi tradisi Barat, meski perbuatan kotor itu bukan sebahagian agama Kristian/Katholik, kerana agama ini pun mengharamkan zina. Lalu, apakah kerana free sex itu sekadar tradisi, dan bukan agama, lalu umat Islam boleh melaksanakannya? Jelas tetap tidak boleh, bukan? Contoh lain tradisi minum arak, kerana banyak dalam pengertian kitab-kitab agama menyatakan arak juga merupakan sebahagian dari kebinasaan, namun realitinya orang-orang kafir membudayakan dan mengadatasikan minuman ini pada setiap majlis-majlis rasmi mereka, lantas kerana ianya itu sekadar tradisi adakah ianya di benarkan dalam islam melaksanakannya? Jelas juga tidak bolehkan?
Oleh yang demikian, mari kita gunakan barometer (tolok ukur) yang benar untuk menilai suatu perbuatan. Barometernya, bukan dilihat dari segi asalnya apakah suatu perbuatan itu dari tradisi atau agama, melainkan dilihat dari segi boleh tidaknya perbuatan itu menurut Al-Qur`an dan As-Sunnah. Inilah pandangan yang haq, tidak ada yang lain.
Haram Atas Muslim Turut Merayakan Tahun baru cina
Berdasarkan dalil-dalil Al-Qur`an dan As-Sunnah, haram hukumnya seorang muslim turut merayakan hari raya agama lain, termasuk Tahun baru cina, baik dengan mengikuti ritual agamanya mahupun tidak, termasuk juga memberi ucapan selamat Gong Xi Fat Chai. Semuanya haram.
Imam Suyuthi berkata,”Juga termasuk perbuatan mungkar, iaitu turut serta merayakan hari raya orang Yahudi, hari raya orang-orang kafir, hari raya selain orang Arab [yang tidak Islami], ataupun hari raya orang-orang Arab yang tersesat. Orang muslim tidak boleh melakukan perbuatan itu, sebab hal itu akan membawa mereka ke jurang kemungkaran…” (Imam Suyuthi, Al-Amru bi Al-Ittiba’ wa An-Nahyu ‘An Al-Ibtida` (terj.), hal. 91).
Khusus mengenai memberi ucapan selamat, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzahi berkata,”Adapun memberi ucapan selamat yang terkait syiar-syiar kekufuran yang menjadi ciri khas kaum kafir, hukumnya haram menurut kesepakatan ulama, misalnya memberi selamat atas hari raya atau puasa mereka...” (Ahkam Ahli Adz-Dzimmah, [Beirut : Darul Kutub Al-'Ilmiyah], 1995, Juz I/162).
Dalil Al-Qur`an yang mengharamkan perbuatan muslim merayakan hari raya agama kafir di antaranya firman Allah SWT :
وَٱلَّذِينَ لَا يَشۡهَدُونَ ٱلزُّورَ وَإِذَا مَرُّواْ بِٱللَّغۡوِ مَرُّواْ ڪِرَامً۬ا
“Dan (hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah) orang-orang yang tidak menghadiri kebohongan…” (QS Al-Furqan [25] : 72).
Kalimat “laa yasyhaduuna az-zuur” dalam ayat tersebut menurut Imam Ibnu Taimiyah maknanya yang tepat adalah tidak menghadiri kebohongan (az-zuur), bukan memberikan kesaksian palsu. Dalam bahasa Arab, memberi kesaksian palsu diungkapkan dengan kalimat yasyhaduuna bi az-zuur. Jadi ada tambahan huruf jar yang dibaca bi. Bukan diungkapkan dengan kalimat yasyhaduuna az-zuur (tanpa huruf jar bi). Maka ayat di atas yang berbunyi “laa yasyhaduuna az-zuur” artinya yang lebih tepat adalah ” tidak menghadiri kebohongan”, bukannya ” memberikan kesaksian palsu.” (M. Bin Ali Adh-Dhabi’i, Mukhtarat min Kitab Iqtidha` Shirathal Mustaqim Mukhalafati Ash-habil Jahim (terj.), hal. 59-60)
Sedang kata “az-zuur” (kebohongan) itu sendiri oleh sesebahagian tabi’in seperti Mujahid, adh-Dhahak, Rabi’ bin Anas, dan Ikrimah ertinya adalah hari-hari besar kaum musyrik atau kaum jahiliyah sebelum Islam (Imam Suyuthi, Al-Amru bi Al-Ittiba’ wa An-Nahyu ‘An Al-Ibtida` (terj.), hal. 91-95).
Jadi, ayat di atas adalah dalil haramnya seorang muslim untuk merayakan hari-hari raya agama lain, seperti hari Chritmas, Wesak, Tahun baru cina, Tahun Baru, Valentine Day, dan sebagainya.
Imam Suyuthi berdalil dengan dua ayat lain sebagai dasar pengharaman muslim turut merayakan hari raya agama lain (Lihat Imam Suyuthi, ibid., hal. 92). Salah satunya adalah ayat :
وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم مِّنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِۙ إِنَّكَ إِذً۬ا لَّمِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
“Dan sesungguhnya jika kamu [Muhammad] mengikuti keinginan mereka setelah datangnya ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim.” (QS Al-Baqarah [2] : 145).
Menurut Imam Suyuthi, larangan pada ayat di atas tidak hanya khusus kepada Nabi SAW, tapi juga mencakup umat Islam secara umum. Larangan tersebut adalah larangan melakukan perbuatan sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang bodoh atau orang kafir [seperti turut merayakan hari raya mereka]. Sedangkan yang mereka lakukan bukanlah perbuatan yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya (Lihat Imam Suyuthi, ibid., hal. 92).
Adapun dalil As-Sunnah, antara lain Hadits Nabi SAW,“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka.” (HR Abu Dawud).
Dalam hadits ini Islam telah mengharamkan muslim untuk menyerupakan dirinya dengan kaum kafir pada hal-hal yang menjadi ciri khas kekafiran mereka, adalah hari-hari raya mereka. Maka dari itu, haram hukumnya seorang muslim turut merayakan hari-hari raya agama lain (Lihat Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Penjelasan Tuntas Hukum Seputar Perayaan, [Solo : Pustaka Al-Ummat], 2006, hal. 76).
Berdasarkan dalil Al-Qur`an dan As-Sunnah di atas, haram hukumnya seorang muslim turut merayakan Tahun baru cina dalam segala bentuk dan manifestasinya. Haram bagi muslim ikut-ikutan mengucapkan Gong Xi Fat Chai kepada orang Tionghoa, sebagaimana haram bagi muslim menghiasi rumah atau pejabatnya dengan tanglung khas Cina, atau hiasan naga dan berbagai aksesoris lainnya yang serba berwarna merah. Haram pula baginya mengadakan berbagai macam pertunjukan untuk merayakan Tahun baru cina, seperti live band, karaoke mandarin, dan sebagainya.
Semua bentuk perbuatan tersebut haram dilakukan oleh muslim,
kerana termasuk perbuatan merayakan hari raya agama kafir yang telah diharamkan Al-Qur`an dan As-Sunnah.
Imbauan Kepada Muslim Etnis Tionghoa khususnya, dan seluruh Ummat Islam umumnya
Terakhir, kami sampaikan seruan dan imbauan kepada saudara-saudara yang muallaf dari etnis Tionghoa, hendaklah Anda masuk ke dalam agama Islam secara keseluruhannya (kaffah). Janganlah Anda kerana permasalahan ini mengikuti langkah-langkah syaithan, iaini masuk ke dalam agama Islam namun masih mempertahankan sesebahagian ajaran lama yang dulu Anda peluk dan Anda amalkan, seperti perayaan Tahun Baru Cina ini. Apatahlagi seorang muslim dari asalnya, sanggupkah antum menjual akidah antum demi sebuah penghargaan, dan kepentingan yang antum rasakan ianya bisa membawa kebaikkan, walhal dalam masa yang sama antum mencalarkan sendiri keimanan yang antum perolehi? Kita merasa marah bila orang mengherdik nama Allah, mengherdik Rasulullah, dengan menyatakan pelbagai refleksi terhadapnya, tetapi sedar atau tidak dalam persoalan ini, kita sendiri yang telah mencalarkan, mengherdik dan menghina Agama dan akidah kita sendiri. Kita memberontak, bila orang menyatakan dan Nama Allah, walhal di zaman Rasulullah orang quraisy pun terang-terang tahu akan tuhan yang paling berkuasa itu adalah Allah, namun kita tidak pernah memberontak hukum-hukum Allah, perintah-perintah Allah itu dipermainkan, dan diperlekehkan, akidah islam itu terjual, tercalar termasuklah dengan hanya sebuah ucapan “selamat tahun baru cina” oleh tangan-tangan kita sendiri...
Marilah kita bersama-sama renungkan firman Allah SWT :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh nyata bagimu.” (QS Al-Baqarah [2] : 208)
Wallahu a’lam bi al-shawab
Tidak ada komentar:
Posting Komentar